Jumaat, 19 November 2010

LP Meditasi - Bidadari

LP ini mengandungi 10 buah lagu. Lagu hit mereka menjadi tajuk bg album ini iaitu Bidadari. Ini antara LP cover penoh.. Banyak yang asik tampal cover kaset jerk. LP terbitan PMI ini dikeluarkan pada tahun 1991..

MEDITASI             (Rock)
NAMA ASAL Metal Wizards
PENYANYI Burn (Bakaruddin Daud; lahir 1965)
GITAR Bonn
Liey (Rosli Ahmad; lahir 1964)
BASS Man Tobey (pernah menyertai kumpulan Garuda)
Yan
DRAM Azreen (Raja Azreen Raja Talib; lahir 1969) 






ALBUM Meditasi (1990)
Bidadari* (1991)
Realisma (1992)
Demi Rindu (1995)













LP Lefthanded - Fanatisme

LP Lefthanded yg menampilkan Ramli Sarip sebagai vokalis.. LP ini dikeluar dan diedarkan  pada sekitar tahun 1991.

LP Lefthanded - Evolusi



LP Lefthanded - Evolusi ini menampilkan 10 lagu.. 1 lagu instrumental - detik masa. Lp ini dikeluar dan diedarkan sekitar tahun 1989.
Man Dayak dok dpn skali tue - cover album

LEFTHANDED
        
(Rock)

NAMA ASAL The Lefthanded
DITUBUHKAN 1977; Skudai, Johor

PENYANYI Nash
Yan
GITAR Man Kidal
Samad
BASS Yan
DRAM Man Dayak (Rahman Othman)
Tom (pernah menyertai kumpulan Revolvers)
KEYBOARD Isa

ALBUM battle of the bands 1&2 - Pelbagai Artis (1986)
Keadilan (1986)
Seruan (1987)
Qabul (1988)
*Evolusi (1989)
*Fanatisme, bersama Ramli Sarip (1990)
Nafas, bersama Arap (1996)
Dimensi Baru (1998)

Syurga & Neraka (1999)




LP Teras dan Saxo

Bangga gak dpt memiliki 2 LP nih.. Walaupon LP Saxo bkn album penoh. Kebanyakan lagu2 nya bkn rock jiwang atau slow.. 2 lagu saxo nih mungkin utk Dj copy, itu sebab dukacarita cinta dan nyalakan cintaku shj yg penah kiter dgr.. Saxo ditubuhkan di Perak ; satu negri teman.. huhuhu.. LP Teras nie pulak, album penuh. Kiter mungkin penah dgr lagu ku kehilangan diana.. yang lain tak penah. Sebab zaman tue lagu yg agak heavy x diterima sgt untuk diputarkan di stesen radio.. padahal lagu byk yg best2 walaupon ada yg copy dr lagu barat.. nak x nak kena  ler buat 1@2 lagu yang slow skit bwk msk dlm album...Nasib ler
SAXO              (Thrash Metal)
BIODATA DITUBUHKAN 1984; Batu Gajah, Perak
DIBUBARKAN 1991

PENYANYI Nasir (Mohd Nasir Ibrahim)
Wan (Nirwan; lahir 1970)
GITAR Jamal (Jamal Ahmad; telah menyertai kumpulan Leo)
BASS Amran (Amran Latiff)
Jagger (telah menyertai kumpulan Leo)
DRAM Adi (Ismadi Ibrahim; telah menyertai kumpulan Leo)
PENCAPAIAN Album pertama, Satu perjuangan (1990), terjual melebihi 15,000 unit
KONSERT Konsert Thrash di Stadium Negara, Kuala Lumpur (28 Dis. 1988)





ALBUM    Hikayat Rok - Pelbagai Artis (1988)
            
Pancakara di cakerawala - Pelbagai Artis (1988)
             Satu perjuangan (1990)

TERAS                 (Rock)
BIODATA ASAL Temerloh, Pahang
PENYANYI Acey (Mat Nasir Zamri; telah menyertai kumpulan Jasad liar)
GITAR Ayem
Ayuz (Fairuz)
BASS A.A. Zul
DRAM Edyta


ALBUM  Teras (1991)


Rabu, 17 November 2010

LP Search - Karisma

Aku raser ini bukan album penuh.. hanya ada 4 buah lagu sahaja iaitu teguh, sutera atau rayon, melayar bahtera & emanuelle. LP ini khas buat DJ copy.. terhad dlm 10 copy sahaja..rare item

LP ini bkn untuk dijual... huhuhu

Isnin, 15 November 2010

LP Search 10 tahun

LP ini dikeluarkan sekitar tahun 1991 sempena 10 tahun kumpulan Search dalam industri muzik ketika itu.. Dipadatkan menjadi satu dengan lagu-lagu hit mereka : isabella, fantasia bln madu/cinta kita - duet amy & inka, teguh, fenomena dll.. Time nih Search mmg diterima sgt kt Indonesia.. Lagu isabella mmg berhantu dan sampai leh buat filem lah.. huhuhu

Antara LP yg mahal gak aku beli.. harganyer semakin up. Kalo pikay blk mmg x logik.. nak wat camna, beli ajer lh.. fenomena & mentari merah di ufuk timur lagi x hingat.. waaaaa

SEARCH        (Rock)
DITUBUHKAN 1981; Johor Bahru, Johor
PENYANYI Zainal (anggota asal sebelum merakamkan album)
Amy
Moq (Ismail)
GITAR Hillary Ang
Noordin Taib
Man Kidal
Kid
Shah (pernah menyertai kumpulan Exist & Slam)
BASS Memek (anggota asal sebelum merakamkan album)
Daud (anggota asal sebelum merakamkan album)
Nasir (Nasir Daud; lahir 13 Jun)
Yan
Fauzi
Zam
DRAM Yazid (Yazid Ahmad; lahir 10 Mei)
Lola (Saiful Rizla Kamarul; pernah menyertai kumpulan Crossfire, XPDC & Lives)


         ALBUM

  Cinta Buatan Malaysia(1985)
  Langit Dan Bumi(1986)
  Mentari Merah Di ufuk Timur(1987)
  Di pintu Sepi(1988)
 
Berpaling(1988)
  Fenomena(1989)
*  Karisma(1990)*
 * Sepuluh Tahun(1991) *
 

    Letih nak tulis lg

 * dah ader

Ahad, 14 November 2010

Salam sejahtera..

Syukur sebab dapat juga aku melancarkan Blog piring hitam nih.. Ia berfokuskan kepada peminat piring hitam dan kejuruteraan audio (analog). Keutamaan diberi kepada piring hitam rock kapak atau rock purba, sebab aku lahir pada era tersebut.. Aku jenis layan semua jenis genre lagu, tapi last2 skali rock kapak juger tetap dihati & senang dengar... walaupon xbyk piring yang aku ada, x jadi hal; yang penting aku minat.. Timer kaseh juga buat saudara Halil@pckokak kerana sealiran dgn aku. Jadilah sebagai follower Blog ini untuk mendapat pelbagai kelebihan dari segi keseronokan dan rare item dari saya buat peminat. Kualiti gambar amat2 dijaga agar org xjemu tengok.. Klik 2 kali pd gambar utk paparan tulisan yg jelas..
Kualiti A

Saper2 nk jual piring hitam leh call aku.. yeahhhh